Monday, April 18, 2011

Al Mawa'izd Al Badi'ah (Pengajaran Ke 2)

Berkata Allah SWT : Aku naik saksi bagi diriKU bahawa tiada Tuhan melainkan Aku jua padahal esaKU tiada sekutu bagiKU dan bahawasanya Muhammad itu hambaKU dan RasulKU,dan barangsiapa tiada redha ia akan segala hukumKU dan tiada sabar ia atas segala bala'KU dan tiada syukur ia akan segala nikmatKU dan tiada memadai ia dengan pemberianKU,maka keluarkan oleh kamu daripada bumiKU dan langitKU,maka tuntut oleh kamu akan Tuhan yang lain daripada Aku.


Dan barangsiapa pagi pagi ia padahal ia dukacita akan dunia ,maka seolah olah ia marah akan Daku,


Dan barangsiapa mengadu ngadu ia akan kesakitan,maka sungguhnya mengadu ngadu akan Daku,


Dan barangsiapa masuk kepada orang kaya atau bertemu ia dengan dia,maka merendah ia akan dirinya baginya kerana kayanya nescaya hilanglah dua sulus (pertiga) agamanya.


Dan barangsiapa menampar ia akan mukanya atau kepalanya kerana kematian,maka seolah olah ia mengambil ia akan lembing membunuh ia akan Daku dengan dia.


Dan barangsiapa memecah ia akan kayu atas kubur mayat,maka seolah olah meruntuh ia akan KabahKu dengan tangannya.


Dan barangsiapa berkemeh(kencing) pada barang mana pintu yang masuk ia padanya nescaya memasuk ia akan dia oleh Allah Taala ke dalam neraka jahanam.


Dan barangsiapa tiada ada ia bertambah pada agamanya ,yakni tiada bertambah tekutnya akan Allah Taala ,maka iaitu di dalam kekurangan.


Dan barangsiapa ada ia di dalam kekurangan,maka mati itu terlebih baik baginya dan barangsiapa mengamal ia akan ilmu yang telah mengetahui ia nescaya memberi akan dia oleh Allah SWT akan ilmu yang tiada mengetahui ia ,dan barangsiapa panjang angan angannya nescaya tiada hasil dengan dia amalnya.

Friday, April 8, 2011

Al Mawa'izd Al Badi'ah (Segala Pengajaran Yang Indah Indah)



Hai segala anak Adam lelaki dan perempuan.Percayakan oleh kamu akan segala pengajaran ini jangan engkau syak akan dia kerana segala pengajaran ini di ambil dari perkataan Allah SWT ,dan setengahnya diambil dari perkataan Rasulullah SAW,dan setengahnya ku ambil dari perkataan sahabat radhiayallahu'anhuma,dan setengahnya ku ambil dari auliya' Allah ra,dan setengahnya ku ambil dari ulama dan hukama yang amilin rahimahullah 'alaihim.

Asy-Syeikh Abdul Rauf Fanshuri Acheh

Pengajaran Pertama

Berkata Allah SWT, tercengang Aku bagi barangsiapa yang yakin ia akan mati,maka betapa suka ia.

(Dan) tercengang Aku barangsiapa yang yakin ia akan hisab yakni kira kira pada hari kiamat,maka betapa menghimpunkan ia akan harta.

(Dan) tercengang bagi barangsiapa yang yakin ia akan kubur,maka betapa tertawa-tawa ia dan ajaiblah Aku,yakni hairanlah Aku bagi barangsiapa yang yakin ia akan akhirat,maka betapa bersenang senang di dalam dunia.

(Dan) tercengang Aku bagi barangsiapa yang yakin ia akan fana dunia dan hilangnya betapa ia mengambil ketetapan ia di dalam dunia.

(Dan)tercenganglah Aku bagi orang yang alim ia dengan lidahnya dan jahil dengan hatinya.

(Dan)tercenganglah Aku bagi orang yang bimbang ia dengan keaiban manusia padahal lupa ia akan keaiban dirinya.

(Dan) tercenganglah Aku bagi barang yang bersuci ia dengan air pada zahir jua padahal ia tiada menyuci akan hatinya.

Dan tercenganglah Aku bagi orang yang mengetahui ia akan bahawasanya Allah Ta'ala itu Amat melihat kepadanya,maka betapa ia derhaka akan dia.

Dan tercenganglah Aku bagi orang yang mengetahui ia akan bahawasanya dirinya itu lagi akan mati padahal seorang dirinya dan masuk kubur ia padahal seorang dirinya,maka betapa berjinak jinak ia dengan segala manusia tiada Tuhan melainkan Allah padahal sebenarnya bermula Muhammad itu hambaKu dan RasulKu.