Tuesday, May 10, 2011

Sebuah Kisah Daripada Rasulallah S.A.W (Ikhlas & Haramnya Riak)

Dikisahkan oleh Rasulallah S.A.W dalam sebuah hadis baginda daripada Abu Hurairah r.a berkata Rasulallah S.A.W bersabda Allah SWT berfirman:


Sesungguhnya golongan manusia yang pertama akan diadili pada hari kiamat kelak ialah


Pertama,
Orang yang mati syahid secara zahirnya .Orang tersebut dibicarakan lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya.
Akan tetapi lalu dia ditanya : 'Apa yang telah engkau lakukan ?'
Dia menjawab : 'Aku telah berperang kerana Mu sehingga terbunuh syahid.' 
Allah berfirman yang bermaksud : 'Engkau berdusta.Yang sebenarnya engkau berperang dengan niat supaya engkau disebut sebagai pahlawan dan engkau telah pun mendapatkannya'
Seterusnya,Allah memerintahkan kepada malaikat agar orang tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dihumbankan ke dalam neraka.


Kedua,
Orang yang mempelajari ilmu islam dan mengajarkannya kepada orang lain dan selalu membaca al-Quran. Orang ini pun lalu dibicarakan lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang akan diterimanya dan dia pun melihatnya .
Akan tetapi lalu ditanya : 'Apa yang telah engkau lakukan?' 
Dia menjawab : 'Aku mempelajari ilmu Islam dan mengajarkannya kepada orang lain serta selalu membaca al-Quran kerana-Mu.' 
Allah berfirman yang bermaksud : 'Engkau berdusta.Yang sebenarnya engkau mempelajarinya supaya engkau dikatakan sebagai orang alim dan selalu membaca al-Quran supaya engkau disebut  qari (orang yang pakar dalam membaca al-Quran) dan engkau telah pun mendapatkan semua itu.' 
Lalu Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dicampakkan ke dalam neraka .


Ketiga,
Orang yang diberi kekayaan melimpah oleh Allah,yang digunakan untuk selalu bersedekah.Orang ini pun lalu dibicarakan ,lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya.Akan tetapi, 
lalu dia ditanya : 'Apa yang telah engkau lakukan dengan hartamu ?'
Dia menjawab : 'Tiada satu kesempatan pun yang di dalamnya Engkau suka agar seseorang mengeluarkan sedekah padanya ,melainkan aku bersedekah di dalamnya kerana-Mu'
Allah berfirman: 'Engkau berdusta .Yang sebenarnya ,engkau mengeluarkan sedekah tersebut dengan niat agar engkau dikatakan sebagai seorang yang dermawan dan engkau telah pun mendapatkan gelaran itu.'
Seterusnya,Allah memerintahkan kepada malaikat agar orang tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dihumbankan ke dalam neraka."


(Riwayat Muslim no 1905)



No comments:

Post a Comment