Monday, April 18, 2011

Al Mawa'izd Al Badi'ah (Pengajaran Ke 2)

Berkata Allah SWT : Aku naik saksi bagi diriKU bahawa tiada Tuhan melainkan Aku jua padahal esaKU tiada sekutu bagiKU dan bahawasanya Muhammad itu hambaKU dan RasulKU,dan barangsiapa tiada redha ia akan segala hukumKU dan tiada sabar ia atas segala bala'KU dan tiada syukur ia akan segala nikmatKU dan tiada memadai ia dengan pemberianKU,maka keluarkan oleh kamu daripada bumiKU dan langitKU,maka tuntut oleh kamu akan Tuhan yang lain daripada Aku.


Dan barangsiapa pagi pagi ia padahal ia dukacita akan dunia ,maka seolah olah ia marah akan Daku,


Dan barangsiapa mengadu ngadu ia akan kesakitan,maka sungguhnya mengadu ngadu akan Daku,


Dan barangsiapa masuk kepada orang kaya atau bertemu ia dengan dia,maka merendah ia akan dirinya baginya kerana kayanya nescaya hilanglah dua sulus (pertiga) agamanya.


Dan barangsiapa menampar ia akan mukanya atau kepalanya kerana kematian,maka seolah olah ia mengambil ia akan lembing membunuh ia akan Daku dengan dia.


Dan barangsiapa memecah ia akan kayu atas kubur mayat,maka seolah olah meruntuh ia akan KabahKu dengan tangannya.


Dan barangsiapa berkemeh(kencing) pada barang mana pintu yang masuk ia padanya nescaya memasuk ia akan dia oleh Allah Taala ke dalam neraka jahanam.


Dan barangsiapa tiada ada ia bertambah pada agamanya ,yakni tiada bertambah tekutnya akan Allah Taala ,maka iaitu di dalam kekurangan.


Dan barangsiapa ada ia di dalam kekurangan,maka mati itu terlebih baik baginya dan barangsiapa mengamal ia akan ilmu yang telah mengetahui ia nescaya memberi akan dia oleh Allah SWT akan ilmu yang tiada mengetahui ia ,dan barangsiapa panjang angan angannya nescaya tiada hasil dengan dia amalnya.

No comments:

Post a Comment